Agarwood For Life: Matured Agarwood Tree

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh-Nya. Amin.

Old Agarwood tree
Most beautiful tree so far



Beberapa hari yang lepas, saya telah pergi melawat sebatang pokok gaharu yang sudah tua. Pemilik pokok itu yang sudah berusia 76 tahun menganggarkan bahawa pokok itu sudah berusia lebih 150 tahun. Seingatnya, pokok itu sudah besar semada dia masih kecil dahulu.




Pokok itu tersergam indah di atas bukit menampakkannya seperti sungguh istimewa. Dan saya seolah-olah mahu mencabut dan menanamnya semula di rumah saya biar wangi setiap masa 🙂


Matured Agarwood tree
Inspecting the quality of agarwood resin



Apa yang menambah keistimewaan pokok ini adalah pada bahagian pangkalnya yang sudah memburuk. Ianya mereput kerana dipenuhi oleh koloni semut dan anai-anai. Walaubagaimanapun, aromanya tetap wangi semulajadi seperti teras gaharu lain. Aroma uniknya yang sungguh memikat saya untuk terus mendekati pokok ini.




Saya yakin bahawasanya terdapat teras yang berkualiti tinggi pada pokok ini. Dan juga terdapat teras pada bahagian akarnya.



Old agarwood log
Biar buruk asalkan wangi



Saiz bahagian pangkalnya melebihi 2 pemeluk orang dewasa. Dan saya tidak dapat mengagak ketinggian pokok ini. Mungkin lebih 40 meter.


Not a typical #Agarwood Tree
Saiz yang agak besar


Sebelum melawat pokok ini, saya terlebih dahulu telah melihat pokok tua yang lain. Tapi ianya subur dan mungkin tidak memiliki teras yang berkualiti tinggi. Cukup sekadar untuk dibuat minyak gaharu.


Water source for Agarwood distillation
Sumber air yang sangat bersih dan jernih


Untuk pengetahuan, kawasan ini terletak di kaki bukit. Jadi, sumber airnya sangatlah bersih dan pasti mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Jadi, ianya sangatlah sesuai untuk menjalankan proses pembuatan minyak.


Pemilik pokok juga menyatakan bahawa masih terdapat pokok-pokok tua di kawasan berhampiran terutama di kawasan bukit yang lain.



Agarwood land
Pemandangan yang sudah cukup untuk menghiburkan hati saya 🙂



Pemilik pokok ini berhasrat mahu menjualnya kepada sesiapa yang berminat. Jadi, sekiranya anda berminat, bolehlah menghubungi saya untuk pencerahan yang lebih teperinci. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, biarlah pokok ini terus hidup. Jikalau ingin mencari teras, masih terdapat pokok-pokok lain di kawasan sekitar.


Huge Agarwood tree
Pokok matang yang subur



Ini di antara pokok lain yang terdapat berhampiran dengannya. Pokok ini sebesar 1 pemeluk orang dewasa. Cuma, ianya subur dan mungkin tiada teras yang tinggi kualitinya.



Shaving Agarwood for Incense
The way I appreciate Agarwood as for Incense






Agarwood Gaharu 沉香 香文化 奇楠 沉香 伽羅 沈香 黄熟香 蘭奢待 東大寺 栈香 真那伽 羅国 真南蛮 佐曾羅 寸聞多羅 桂皮 诃子 丁子 甘草属 廣藿香 匙葉甘鬆 大黄 紅花 大茴香 貝香 蘭奢待 香道具 聞香 香道 香炉 菖蒲香 香道具 組香 源氏香 香 馫 茶道 ខ្លឹមចាន់ ཨ་ག་རུ་ ཨ་ག་རུ་སེར་པོ་ ཨར་སྐྱ་ ཨར་ནག ไกฤษณา அகில் ໄມ້ເກດສະ العود دهن_العود ماليزيا Amber Ambergris Aloeswood Antique Aromateraphy Aquilaria Beccariana Bonsai Bracelet Candan Censer Eaglewood FrankIncense Fumigate Hirta Incense KoDo Koi Kyara Kynam Malaccensis Microcarpa Musk Oolong Oud Oudh PaloSanto Perfume Qinam Qinan Qynam Scent Rare Ranjatai Resin Rosary Rostrata Sandalwood Scents Sinensis Subintegra Tea ThitMhwae Zen

Baca Juga  Bioteknologi Konvensional
error: Informasi ini Dilindungi !!